Friday, November 20, 2009

Siapa pula yang ambil UPSR ni? Orang sibuk dengan exam SPM sekarang ini.Bukan exam tetapi keputusannya telah keluar tengah hari semalam. Tapi adik saya ambil keputusan dia hari ini dengan ayah sementara saya dan nenek sibuk membeli barang di supermarket Giant berdekatan sekolah dia.

Keputusannya mengembirakan walaupun ayah kecewa sedikit. Tahniah pada adik saya Maisara yang berjaya ikut jejak kakaknya Munira.. ^_^ (result sama je dengan kakak cuma bab english kakak masih pegang title A,,,he he) Hanya 2A 2B 1C,( jangan fail cukup..he he he)walaupun tidak dapat membungkus kelima-lima pelajaran untuk A, saya bangga dengan dia sebab berjaya menjadi penutup untuk peperiksaan UPSR tahun 2009 ini untuk keluarga saya. Apa yang saya merepek ni? Maklumlah saya sebagai yang sulung untuk 6 orang adik beradik dan maisara pula bongsu.Mesti ada pembuka dan penutup... he he he. Kami berempat sempat celebrate makan yong tau Foo. Ha.. ha... nanti nenek hendak belanja Pizza.Harap-harap jadi malam ini..Yummy...Makan..makan...makan.

Ayah tak bagi hadiah ke? he... he.... ingat lagi masa dapat result UPSR tahun 1999 dulu, dapat hadiah dari Auntie liza. Hadiah apa? hadiah paling mahal yang saya pernah dapat masa umur 12 tahun, jam tangan brand Dunhill ..Mana ek jam tu..saya ada simpan lagi tapi lupa pula saya simpan di mana.

Thursday, November 19, 2009

Wah!! memang tidak di sangkakan betul ada juga budak kecil yang memang peminat setia kumpulan dari korea ini Wondergirl... Dalam video ini
lagu pertama :irony
Lagu kedua: tell me
Lagu ketiga :so hot
Lagu keempat:nobody

Tapi memang tak boleh tahan bila tengok dia menari lagu so hot dengan nobody..^_^
Anak siapalah ni kan?

P/s: kalau korang hendak tahu masa lagu so hot, 5 orang perempuan kat belakang tulah ahli kumpulan wondergirl...Oh..Thanks to my husband for this video..he he




Wonder Girl Baby

Sebelum hendak keluar pagi ini dapat pula email dari suami saya yang dia hantar semalam. Memang tergelak seorang bila tengok video ini.Kepada Cat lover,memang sesuai tengok video ini. Part yang pelik bila tengok kucing makan tembikai. Ni yang kena ajar kucing saya makan buah lepas ini..he he he Enjoy Watching!!


FUNNY Cat

Selamat Pagi Semua...Wah awal betul saya online hari ini. Macam biasa buka Facebook dulu lepas itu yang lain-lain. Addicted dengan Facebook ke saya ni? Oh baik jangan.Sempat juga jenguk Twitter saya,kesian betul lama juga tidak bergerak..he he. Semalam dalam hampir pukul 6 petang baru saya masak itu pun lepas masak mee segera ( mama,jangan marah ek). Maklumlah semalam hujan,lepas itu terasa hendak makan mee. Nasi bukanya tak masak cuma lauk saja.Malas betul hendak masak lagi pun lauk semalam masih elok. (bak kata nenek tak elok membazir...he he).

Akhirnya saya masak juga,kenapa? yelah ayah saya cakap saya kena masak.Masalahnya ada ke orang hendak makan nanti, saya ini selera kecil je makan nasi sekali sehari pun cukup :-P.(psst: padahal tak de selera..he he he). Yelah suami saya kadang-kadang dia tak makan pun bila balik. Ayah? kalau ikutkan dalam rumah nenek nie ada dua dapur satu untuk ayah dan satu untuk nenek ( dulu ada 3 tapi dah tutup).

Maknanya Ayah dah ada tukang masak dia sendiri (adik saya kan ada..he he). Ayah kata walaupun ada atau tak orang makan,mesti masak juga ( apalah ayah nie cakap lah ayah yang nak rasa lauk saya..kih..kih). Masak saja lah dalam keadaan paling tidak bersemangat.Masak apa? masak pucuk paku masak lemak tempoyak dengan udang + ikan masin (penting nie..he he).Bila suami saya balik dia bawa balik nasi lemak ayam (kan saya dah cakap). Tapi dia makan juga lauk saya sebab dia tak dapat tahan selera dia. Nasi lemak ? saya yang makan..yummy.
Lepas itu,kami sempat ke Jusco cari DvD lagi. Apa kenalah dengan kami ni? asyik cari DVD saja.Masa tengah sibuk browsing Dvd,mama call pula. Mama beritahu yang hari selasa hari itu Papa masuk emergency wad dan nyaris strok. Apa-apa pun doktor benarkan dia balik selepas 8 jam di hospital. Mama ni lambat bagitau. Kalau dia tengah driving macam mana? bahaya juga.Nasib baik pagi masa papa kena dia baru hendak keluar rumah,kelam kabut juga Mama drive selamat hospital dekat dengan rumah. Mama better pujuk Papa dapatkan seorang driver.

Wednesday, November 18, 2009

Lagu ini saya tujukan khas untuk Mama saya yang mungkin fikir yang saya tidak sayangkan dia. Walaupun saya jauh dari Mama, saya tetap ingat dan sayangkan Mama. Lagu A song for Mama ini asalnya dinyanyikan oleh kumpulan Boys II Men tapi saya pilih lagu yang di nyanyikan oleh Charice sebagai wakil diri saya.(kalau letak suara sendiri nanti sumbang pula bunyinya).




You taught me everything
And everything you've given me
I always keep it inside
You're the driving force in my life, yeah
There isn't anything
Or anyone that I can be
And it just wouldn't feel right
If I didn't have you by my side
You were there for me to love and care for me
When skies were grey
Whenever I was down
You were always there to comfort me
And no one else can be what you have been to me
You will always be you always will be the girl
In my life for all times

Chorus:
Mama, mama you know I love you
Oh you know I love you
Mama, mama you're the queen of my heart
Your love is like
Tears from the stars
Mama, I just want you to know
Lovin' you is like food to my soul
Yes it is (5x)

You're always down for me
Have always been around for me even when I was bad
You showed me right from my wrong
Yes you did
And you took up for me
When everyone was downin' me
You always did understand
You gave me strength to go on
There was so many times
Looking back when I was so afraid
And then you come to me
And say to me I can face anything
And no one else can do
What you have done for me
You'll always be
You will always be the girl in my life

Chorus

Never gonna go a day without you
Fills me up just thinking of you
I'll never go a day without my mama

Chorus

Yes you are

Malam semalam saya dan suami ke rumah auntie Liza di jalan gurney. Kami baru pertama kali datang ke rumah dia sejak dia berpindah dari rumah lama dia di Sri Maya Condo. Kami ke sana untuk berjumpa dengan Nenek. Nenek buat apa? sebenarnya semalam merupakan hari nenek ke hospital untuk susulan pemeriksaan untuk Lymp node. Auntie liza yang temankan dia ke Hospital.Nenek Ok cuma dia lemah sikit.

Hari ini saya macam biasa dengan aktiviti bosan dan di temani kucing saya pumpkin. Mentang-mentang hujan dengan sedap saja pumpkin tidur dari tadi sambil berdengkur di sebelah .Nasib sekejap je kalau tidak dah lama saya rakam he he. Pertama kali juga dengar dia berdengkur (hurm.. mesti jumpa vet nie).

Sempat juga saya jenguk ke Myspace.Macam biasa ada friend request.Lepas itu sempat jenguk ke profile ex boyfriend saya dulu (dia post comment kat profile saya ler... suruh jenguk la tue).Saya pun jenguk apa yang patut.Semua sama saja,gambar lama (ehem..ehem) termasuk gambar saya dengan dia dulu. ^_^ terharu masih simpan lagi .Gambar itu dah lama,tahun 2007 dulu..he he he.

Hujan...hujan tidak berhenti lagi... owh sebelum lupa semalam baru kawan saya, June. Dia post gambar terbaru dia..Besar betul perut dia.... Happy Pregnant!.. yang Misra pula senyap saja last update blog pun dia cakap dia asyik muntah-muntah saja.^_^

Tuesday, November 17, 2009

Kenapa pula good luck ni? Saya hendak ucapkan selamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula esok 18 November 2009 kepada Adik saya Eliya dan adik-adik yang lain.

Malam semalam kami ke rumah kami untuk mengambil beberapa pakaian dan terus ke Jusco untuk beli barang. Sempat juga kami redah ke kedai di situ cari DvD. Jam pun sudah menunjukkan pukul 10 malam dan kami terus bergerak balik ke rumah nenek.

Sampai rumah kami berdua terperuk dalam bilik sambil sibuk pasang Dvd player yang masih dalam kotak. Mana tidaknya dalam bilik kami ada Tv ,lagi pun ayah dan adik-adik saya sibuk tengok tv di ruang tamu cerita P.ramlee.

Kami sebenarnya meraikan hari ulangtahun kami berdua yang masuk setahun dan beberapa bulan (he he he secret) . kononnya romantiklah...



Apa-apa pun kami enjoy dengan sebiji kek cheese dengan sebotol grape juice,tambah tengok Dvd.Cerita apa? he he cerita animasi saja. cerita Bolt


cerita ini memang kelakar.kalau dulu kami ini rajin tengok wayang tapi boleh pula terlepas tengok cerita Bolt ini.Dapat tengok Dvd pun seronok juga. Kepada kawan-kawan saya yang tertanya-tanya macam manalah kami boleh bercinta dulu nanti saya masukkan keratan majalah bulan lepas dan sambungannya dalam Facebook.

P/s : korang nie kalau kisah cinta laju je kan..he he .Nie mesti banyak tengok cerita cinta korean kan? he he

Monday, November 16, 2009

Tidak sangka petang ini saya dapat SMS dari abang angkat saya. Dia beritahu yang isterinya selamat melahirkan seorang anak lelaki. Seronok betul!!! Ahsanul Imam merupakan kenalan saya semasa di Mcd dulu begitu juga dengan isterinya Ain. Nama anak sulung mereka Mohd Adam Farish. ^_^







Nanti auntie Ct datang melawat dengan uncle K.

P/S Hurm... apa pula cerita dua orang kawan saya yang pregnant Misra & June. Sihat ke?

Semalam memang seronok. Macam biasalah pagi-pagi sibuk jadi suri rumah..he he.. dan sempat masak sebab nenek keluar dengan kawan dia.merdeka!! macam biasa kalau nenek tiada di rumah, "itu dapur ana yang punyalah". Masak asam pedas sotong : munira's style.(he he he)Entah apa rasanya tapi suami saya cakap sedap. kalau orang lain cakap tidak sedap pun saya tidak kisah sebab yang makan hanya suami saya dan nenek.^_^

Lepas makan sempat lagi suami online lepas itu saya pun menyibuk sekali. (siapa suruh buka laptop).Suami saya keluar untuk ambil motor dia yang ditinggalkan hampir seminggu di rumah lama. Kesian motor itu kalau dia ada perasaan mesti dia menangiskan?. Bila suami saya balik,kami bersiap untuk keluar ambil pula kereta di rumah lama.( apalah yang kami buat ini?) yelah masa dia ambil kereta dia guna kereta. Hendak suruh saya drive? he he he Oh tidak...rela naik public transportation.

Suami saya hendak naik teksi dari rumah nenek tapi saya ajak dia naik bas. Akhirnya saya berjaya pujuk dia naik bas.Yay!


manalah driver bus nie? cepatlah jalan panas nie...


Manalah bas ini hendak pergi?...kenapalah aku naik bas..

Memang saya asyik tergelak saja bila tengok muka suami saya. Dahlah dia pun asyik tergelak juga sebab tidak percaya dia naik bas.kih..kih.. Siap buat muka risau kenapa bas ini tidak ikut jalan yang dia selalu jalan bila naik kereta..he he. Akhirnya sampai juga ke destinasi, perjalanan kami pendek saja tidak sampai setengah jam pun. Lepas itu baru kami ambil teksi sebab bas tidak masuk ke kawasan rumah lama kami. Lepas ambil kereta kami terus ke rumah Mama. Lama juga tidak jumpa mama.

Di rumah Mama, adik saya Nas pun ada dengan Pak lang dan Eppi. Mereka sibuk memindahkan barang-barang masuk lori. suami saya pun hulur tangan tolong mereka.Rupanya mama hendak alihkan beberapa barang untuk di hantar ke rumahnya di Rawang sebab dia hendak beli perabot baru. Sabtu hari itu hendak jumpa mama tapi dia sibuk shopping di Great Eastern Mall Ampang,kami pun sibuk dengan rumah.

kura-kura pun baru beli

Lama juga kami luangkan masa dengan Mama sampai ke malam. Malam itu kami semua makan di Selayang Mall dekat cafe dekat bowling.Dalam pukul 10 malam kami sampai di rumah nenek..